Sunday, September 20, 2009

Harimau or Tiger

Posted by PicasaHarimau
Selain harimau dia juga dikenali sebagai Pak Belang. Mengikut kajian statistik Pak Belang di Semenanjung Malaysia kini tiggal lebih kurang bilangannya 500 ekor sahaja. Kenapa ia semakin pupus?






Thursday, September 17, 2009

Tumbuk Rusuk

Masa berbuka puasa sempat berbual dengan keluarga. Perkara utama dicerita adalah mengenai perkataan "Makan Suap". Ini timbul apabila ada ahli keluarga tidak dapat pakai tangan. Jarinya terhiris pisau waktu menyediakan juadah berbuka. Lantas saya kata kamu "makan sudu"? tak makan suap dengan tangan. Ini cara tak langsung terkeluar dari mulut saya kata-kata tersebut.

Seterusnya kami bincang perkataan "makan suap" yang tertulis dalam blog Tun Mahathir. Seorang anak saya bertanyakan apa "makan suap" tu. Saya menerangkan; makan suap = tumbuk rusuk. Dia masih tak faham. Ibunya (isteri saya) menambah makan suap = tumbuk rusuk = rasuah. Anak menjawab dari mana perkataan tumbuk rusuk tu timbul. Saya terangkan ia adalah peribahasa.

Saya terangkan lagi; masa ayah sekolah dulu diajar perumpamaan, bidalan dan peribahasa. Anak jawab kami sekolah tak diajar perkara-perkara ini sebab kurikulum kami tak ada pembelajaran tersebut. Dan anak saya menambah ini semua salah DSAI sebab masa itu dia Menteri Pelajaran.

Jika direnungkan apa nak jadi dengan masyarakat Melayu sekarang ni, makin lama makin hilang budaya kita.

Renungkanlah: Makan Suap=Tumbuk Rusuk=Rasuah semuanya sama makna.